KUNJUNG MESRA

              ALUMNI SABGS69

 

Pada 21 Ogos 2016, SMK(P) Sultan Abu Bakar Muar telah dikunjungi oleh 17 orang bekas pelajar sekolah ini. Kumpulan yang diketuai oleh Professor Dr Normah Binti Dali selaku Presiden Alumni SABGS69 ini turut menyumbangkan sejumlah wang dan buku-buku kepada pihak sekolah.

 

Di samping itu juga kumpulan bekas pelajar ini yang terdiri daripada pelbagai latar pekerjaan turut memberi ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4.

Semasa sesi tersebut mereka berjaya menaikkan semangat pelajar-pelajar untuk menurut jejak langkah kumpulan ini sehinggakan ada di antara mereka yang bekerja dan tinggal di luar negara seperti Australia dan London.

 

Mereka juga telah dibawa melawat persekitaran sekolah terutama Blok Milne untuk mengembalikan nostalgia setelah 47 tahun meninggalkan bangku sekolah

Ahli Alumni SABGS69 ini sangat teruja dan kagum dengan keadaan Blok Milne yang dihiasi dengan maklumat dan fakta sejarah yang sangat memberi manfaat kepada para pelajar.

 

Sebagai menghargai kunjungi ini, pihak sekolah sempat meraikan mereka dengan menghidangkan makanan tradisi Muar iaitu mee rebus bersama air kopi 434 yang tersohor itu.