Kami pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Abu Bakar, Muar, berikrar dan berjanji akan :

 

Menjunjung dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara,

Menghormati guru-guru, staf sekolah dan rakan-rakan sekolah,

Patuh kepada peraturan sekolah,

Menyayangi sekolah dan menjadikan ia sebagai wadah ilmu pengetahuan.

 

Kami berjanji akan bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan, dalam akademik dan kakurikulum,

Bersedia untuk berubah kepada yang lebih baik, supaya menjadi insan yang berilmu, berketerampilan,  berakhlak mulia dan bertangungjawab.

Kami juga berjanji akan menjaga nama baik diri sendiri, nama keluarga dan nama sekolah pada setiap masa.

 

Maka kami,

Rakyat malaysia,

Berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

 

Kepercayaan kepada Tuhan

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluhuran perlembagaan

Kedaulatan undang-undang

Kesopanan dan kesusilaan