Nama sekolah diambil sempena nama Bapa Permodenan Negeri Johor iaitu Sultan Abu Bakar Ibni Almahrum Temenggung Daeng Ibrahim

Nama sekolah

Diambil sempena nama Bapa Pemodenan Negeri Johor iaitu Sultan Abu Bakar Ibni Almarhum Temenggung Daeng Ibrahim

Tahun Ditubuhkan

1939

Bangunan sekolah SMSAB

Siap dibina pada Jun 1939, dirasmikan oleh Tuan F.I Shaw Superitendan Pelajaran. Ini merupakan Blok warisan SMSAB yang kini dikenali sebagai Blok A

1939

6 bilik darjah (special Malay 1A & 1B), Darjah III, IV, V. pengetua Perintis pada tahun ini ialah Pn. C. Milne

Staf Perintis

7 orang guru, seorang kerani

Pakaian sekolah

Gaun, Tali leher, Tali Pinggang, dan Kasut coklat

Perang dunia ke-2

Sekolah terhenti seketika

September 1947

  • Sekolah dibuka semula.
  • Pn. N. Woods sebagai guru besar ke-2
  • Perpustakaan sekolah mula dibuka
  • Dua gelanggang bulu tangkis dan satu gelanggang bola jaring telah dibina
  • Penubuhan kompeni pertama Pandu Puteri Muar diketuai Pn. Woods sebagai kapten 

Pertengahan 1948

Pn. E. Allan menjadi guru besar ke-3,dan bilangan pelajar terus meningkat.

1949

Salmi Bt Hj Hassan, dilantik sebagai ketua murid pertama

1950

  • Pakaian seragam berwarna hijau dan putih, lencana pengawas dan cogan kata sekolah “age quad agis” (apa yang kamu lakukan buatlah sebaik-baiknya)
  • Temasya sukan buat kali pertama

1955

Sekolah sudah mempunyai kelas dari darjah I hingga V

1956

  • Sekolah mencapai 100% dalam Peperiksaan Sijil Persekolahan
  • Pn. Wong Foong Lan menjadi guru besar ke-4

1958

Jemaah Pengelola Sekolah pertama ditubuhkan pada 15 September 1958

Ogos 1959

Cik Kamaladevi Pillai menjadi Guru Besar ke-5

1961

Pn. J. Gaudart menjadi Guru Besar ke-6

1962

  • Empat bangunan baru (makmal sains, Blok D, Blok Bangunan Sains Rumah tangga dan Kantin dibina)
  • Dibuka secara rasmi 1963 oleh Menteri Pelajaran Malaysia, YB Tan Sri Hamid Khan

1963

Rumah Pasukan Sekolah ditukar dari rumah Nightiangle, Joan of arc, Cavell dan Victoria kepada rumah merah, coklat, biru, hijau dan putih.

1964

Kelas Melayu Khas telah ditukarkan ke sekolah Menengah Dato’ Sri Amar Diraja

1968

  • Cik Monica Leong Wei Lin dilantik sebagai guru Besar ke-7
  • Persatuan akademik dan bukan akademik ditubuhkan

April 1969

  • Pn.Y.E. Parry menjadi Pengetua ke- 8
  • Kelas Sains Tulen dimulakan
  • Cogan kata sekolah ditukarkan kepada “Tekun Usaha Jaya”
  • Bilangan pelajar mencecah 1600 orang dengan 57 orang tenaga pengajar

1970

Pn. Zawiyah Bt Dato’ Ahmad dilantik sebagai pemangku Pengetua

Julai 1976

  • Pasukan Pancaragam (Brass Band) ditubuhkan dengan 46 orang ahli
  • Perbelanjaan disumbangkan dari pihak sekolah sebanyak RM36, 000 dan RM 6000 dari pihak PIBG.

1978 - 1979

Cik Hjh Khalidah Bt Hamzah dilantik sebagai Pemangku Pengetua

Disember 1979

Pn. Hjh Zakiah Bt Hj Shuib telah dilantik sebagai Pengetua ke- 9

1994

Sekolah dianugerahkan wang tunai RM5000 dalam pertandingan alam sekitar sekolah di peringkat kebangsaan

Januari 1995

SMK(P)SAB mula berubah menjadi sekolah satu sesi

1998

Sekolah menerima anugerah sekolah harapan Negara peringkat negeri

Ogos 1999

Pn. Hjh Waginah Bt Abd Majid menjadi pengetua ke- 10

2001

SMSAB memulakan aliran sains di tingkatan 6 rendah

Mei 2004

SMSAB dinobatkan sebagai johan Sekolah Harapan Negara peringkat Kebangsaan

16 Mei 2005

Sekolah muncul sebagai N.Johan Sekolah Harapan Negara Peringkat Kebangsaan

1 November 2005

Pn. Hjh Latifah Bt Hamdan bertukar masuk sebagai Pengetua ke-11

2 Mei 2006

Pn. Hjh Latifah Bt Hamdan dinaikkan pangkat sebagai Pengetua Kanan SMKSAB

Oktober 2008

Pn Hjh Suhana Bt Sulaiman bertukar masuk sebagai Pengetua ke-12

Mei 2009

Perjawatan tingkatan 6 diluluskan (01/01/2008)

April 2009

Pembinaan 2 blok 4 tingkat menggantikan blok tahun 1937

Februari 2011

2 Blok Gantian (F & G) mula digunakan.

Januari 2012

SMK (P) SAB dianugerahkan Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 6 KPM dengan Kebitaraan Matematik dan Bola Jaring

Oktober 2013

Pn Hjh Rohanah Yahya dilantik sebagai Pengetua ke-13