Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia.

Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, Portal Rasmi SMK (P) Sultan Abu Bakar dapat direalisasi.

Dalam menerajui dunia tanpa sempadan penghasilan laman web ini menjadi penggerak utama bukan sahaja kepada warga sekolah, malahan kepada seluruh rakyat di negara ini. Persaingan dunia Teknologi Maklumat kini menghendaki kita bergerak pantas dan menyediakan diri dalam menghadapi cabaran alaf baru.  Oleh itu, institusi sekolah menjadi pemangkin utama dalam menyediakan anak didik dengan segala bentuk ilmu dan kemahiran yang menjadi tunjang untuk mereka meneruskan perjuangan dalam memartabatkan negara ke persada dunia. Hal ini sejajar dengan matlamat kerajaan dalam melahirkan modal insan serta meningkatkan penggunaan Internet  dalam kalangan masyarakat.  Penghasilan laman web ini merupakan titian untuk memperluas teknologi dalam usaha meningkatkan tahap pendidikan serta melengkapkan pelajar dengan kemahiran sewajarnya sebagai generasi masa hadapan.

Di samping itu, tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan merupakan agenda penting dalam merancang masa hadapan seseorang pelajar. Oleh itu, seharusnya dunia pendidikan ini dirancang agar mampu memberi manfaat yang besar terhadap para pelajar, terutama melalui penyebaran maklumat  yang teratur dan berkesan.  Sesungguhnya, penghasilan laman web ini menyediakan alternatif yang mampu diadaptasi oleh para pelajar dan guru-guru, terutama melalui aplikasi Virtual Learning Environment (Frog VLE), yang bertaraf dunia.  Kehadiran laman web ini wajar dimanfaatkan oleh warga sekolah dan penghasilannya merupakan sumbangan progresif ke arah pendidikan berteras teknologi Internet untuk pengajaran dan pembelajaran yang efektif serta pengurusan pentadbiran sekolah  yang cemerlang.

Saya amat berbangga dan berterima kasih atas usaha-usaha yang dilaksanakan dalam merealisasikan laman web ini.  Oleh itu, besarlah harapan saya agar warga sekolah sentiasa peka dan berusaha memaksimumkan penggunan laman web yang julung kali dihasilkan ini, terutama dalam menyalurkan usaha untuk menghadapi dunia globalisasi serta memartabatkan mutu pendidikan bertaraf dunia. Budaya perkongsian maklumat ini diharap berupaya memberi impak yang besar dalam usaha menjana pendidikan berkualiti dan mencorak masa depan institusi sekolah serta negara.

Sekian, terima kasih.

 

PUAN HAJAH RASHIDAH BINTI YAHYA

PENGETUA

SMK (P) SULTAN ABU BAKAR,

84000 MUAR, JOHOR.

MAJLIS DIRGAHAYU KIRANA : MAJLIS PERSARAAN PN, HJH RASHIDAH (PENGETUA SMK (P) SULTAN ABU BAKAR SESI 1

 

            Pada 17 Mei 2017 (8.00 pagi), warga SMK (P) Sultan Abu Bakar telah menyambut Sambutan Hari Guru Tahun 2017. Pelbagai aktiviti yang telah diadakan bagi memeriahkan sambutan ini.

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN DAERAH MUAR/LEDANG 2014

ANJURAN PANITIA KAJIAN TINDAKAN

BILIK MESYUARAT : SMK TUN DR ISMAIL, BAKRI

 

1.Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera kepada :

1.1 Yang Dihormati En Puniran bin Denan, Pegawai Pendidikan Daerah Muar

1.2. Yang Berusaha Tn Hj Hassan Adli bin Jaid, Pengerusi Panitia Kajian Tindakan Daerah Muar/Ledang

1.3. Yang Dihormati Barisan Panel Hakim

1.4. Barisan Para Pembentang Seminar Kajian Tindakan Daerah Muar / Ledang, warga pendidik serta hadirin-hadirat sekalian.

 

2. Hadirin yang dihormati,

Kami mengalu-alukan kehadiran semua hadirin pada pagi ini yang telah sudi menyertai Seminar Kajian Tindakan anjuran Panitia Kajian Tindakan Daerah Muar/Ledang. Sesungguhnya kehadiran tuan/puan merupakan tanda sokongan tuan/puan terhadap program yang dapat memberi manfaat khususnya kepada warga pendidik.

 

3. Hadirin sekalian,

Sebelum kami menerusikan majlis, sukacita kami bacakan beberapa syarat yang mesti dipatuhi oleh pembentang. Syarat-syarat tersebut ialah: (RUJUK LAMPIRAN)

 

4. Tuan/puan yang dihormati,

             KUNJUNG MESRA

              ALUMNI SABGS69

 

Pada 21 Ogos 2016, SMK(P) Sultan Abu Bakar Muar telah dikunjungi oleh 17 orang bekas pelajar sekolah ini. Kumpulan yang diketuai oleh Professor Dr Normah Binti Dali selaku Presiden Alumni SABGS69 ini turut menyumbangkan sejumlah wang dan buku-buku kepada pihak sekolah.

 

Di samping itu juga kumpulan bekas pelajar ini yang terdiri daripada pelbagai latar pekerjaan turut memberi ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4.

Semasa sesi tersebut mereka berjaya menaikkan semangat pelajar-pelajar untuk menurut jejak langkah kumpulan ini sehinggakan ada di antara mereka yang bekerja dan tinggal di luar negara seperti Australia dan London.

 

Mereka juga telah dibawa melawat persekitaran sekolah terutama Blok Milne untuk mengembalikan nostalgia setelah 47 tahun meninggalkan bangku sekolah

Ahli Alumni SABGS69 ini sangat teruja dan kagum dengan keadaan Blok Milne yang dihiasi dengan maklumat dan fakta sejarah yang sangat memberi manfaat kepada para pelajar.

 

Sebagai menghargai kunjungi ini, pihak sekolah sempat meraikan mereka dengan menghidangkan makanan tradisi Muar iaitu mee rebus bersama air kopi 434 yang tersohor itu.